PEDRO PARDO / AFP

Nasihat Keselamatan CPJ: Liputan wabak koronavirus

Dikemaskini Mei 20, 2020

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak COVID-19 (novel koronavirus) sebagai pandemik pada Mac 11, 2020. Walaupun angka kes baru semakin meningkat di seluruh dunia, menurut WHO terdapat banyak negara kini mempunyai kadar jangkitan semakin menurun, dengan sesetengah negara secara beransur meredakan langkah berkurung, seperti yang dilaporkan oleh The Guardian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak COVID-19 (novel koronavirus) sebagai pandemik pada Mac 11, 2020 dan menurut WHO, bilangan kes global semakin meningkat. Pusat Sumber Koronavirus Universiti Johns Hopkins (Johns Hopkins University Coronavirus Resource Center) merupakan sumber yang selamat dan boleh dipercayai untuk mengikuti perkembangan terbaru wabak ini.

Wartawan sedunia memainkan peranan penting untuk memaklumkan orang ramai mengenai virus dan usaha kerajaan dalam menangani gejala ini, namun terdapat sesetengah kerajaan yang telah menghalang liputan bebas dan perolehan maklumat, seperti yang dirakamkan oleh CPJ. Pengamal media menghadapi tekanan dan tegangan tinggi, dan kerap terdedah kepada jangkitan melalui perjalanan, temuramah dan lokasi pekerjaan, menurut temuramah CPJ dengan para wartawan. Wartawan telah menghadapi penapisan, tahanan, gangguan fizikal dan dalam talian, kehilangan mata pencarian disebabkan oleh Covid-19, seperti yang dilaporkan oleh CPJ baru-baru ini

Dengan situasi yang terus berubah serta maklumat baru yang timbul, pihak berkuasa yang berkaitan akan mengeluarkan berita wabak dan nasihat kesihatan yang dikemaskinikan. Untuk mengikuti nasihat dan sekatan terbaru, wartawan membuat liputan wabak ini harus memantau maklumat daripada WHO dan badan kesihatan umum tempatan.

Pusat Sumber Koronavirus Universiti Johns Hopkins (Johns Hopkins University Coronavirus Resource Center) merupakan sumber yang selamat dan boleh dipercayai untuk mengikuti perkembangan terbaru wabak ini. 

KESELAMATAN KETIKA TURUN PADANG

Berikutan pengenaan sekatan perjalanan antarabangsa, kebanyakan tugasan media adalah berasaskan domestik untuk masa depan singkat. Semua tugasan mempunyai berkemungkinan tinggi berubah, atau dibatalkan dengan tanpa notis atau notis singkat, disebabkan oleh perkembangan laju dan pintas situasi global. 

Mereka yang bercadang membuat liputan wabak COVID-19 harus memberi perhatian kepada tatatertib keselamatan:

PRA-TUGASAN

Untuk mengurangkan risiko pendedahan, dan seberapa mungkin, temuramah telefon atau dalam talian haruslah dilakukan dan bukannya secara bersemuka.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat, warga tua dan individu-individu dengan latar belakang uzur berisiko tinggi. Jika anda tergolong di bawah kategori-kategori ini, anda seharusnya tidak mengambil bahagian dalam sebarang tugasan yang meletakkan anda secara langsung dengan orang awam.  Pertimbangan juga perlu diberi kepada pekerja yang hamil

Apabila memilih kakitangan untuk tugasan wabak COVID-19, pihak pengurusan seharusnya sedar akan serangan perkauman terhadap kewarganegaraan tertentu, seperti yang ditekankan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Human Rights Watch.

Sesetengah negara yang baru-baru ini meredakan perintah berkurung telah melaksanakan semula sekatan tersebut, mengikut laporan Business Insider. Anda perlu bincang dengan pihak pengurusan apakah pelan rancangan untuk membantu dan menyokong anda sekiranya anda jatuh sakit ketika menjalankan tugas, dengan mengambil kira kemungkinan mengasingkan diri dan/atau dimasukkan ke zon kuarantin/berkurung untuk tempoh masa yang panjang.

Kesejahteraan Psikologi

Wartawan yang paling berpengalaman pun mungkin mengalami masalah psikologi apabila membuat liputan mengenai pandemik Covid-19. Pihak pengurusan harus periksa secara berkala keadaan kakitangan dan memberi bimbingan dan sokongan jika dan apabila perlu.  

Ahli keluarga kemungkinan mengambil berat dan/atau rasa tertekan jika anda merancang untuk membuat liputan wabak COVID-19. Berbincanglah dengan mereka mengenai risiko dan kebimbangan mereka. Jika perlu, mulakan perbualan antara ahli keluarga dengan penasihat perubatan organisasi anda.

Para wartawan telah memaklumkan CPJ bahawa ketika melapor mengenai COVID-19, ahli keluarga dan rakan-rakan telah menyoalkan risiko, seringkali dengan tindak balas negatif. Ini boleh mengecewakan.

Pertimbangkan kebarangkalian impak psikologi daripada membuat liputan dari lokasi atau kawasan dilanda COVID-19, terutamanya jika membuat liputan dari fasiliti perubatan atau pengasingan, atau zon kuarantin. Sumber berguna untuk pihak media membuat liputan keadaan traumatic boleh didapati melalui Pusat DART untuk Kewartawanan dan Trauma (DART Center for Journalism and Trauma). Layari laman CPJ Emergencies’ untuk sumber luaran keselamatan, termasuk amalan terbaik kesihatan mental untuk para wartawan membuat liputan COVID-19.

Mengelakkan Jangkitan & Menjangkiti Orang Lain

Kebanyakan negara mengamalkan penjarakan sosial/fizikal. Jika membuat liputan di lokasi bersama perkhidmatan keselamatan atau melawat lokasi berisiko tinggi sebegini, ketahuilah dahulu apakah langkah kebersihan yang sedia ada. Jika mempunyai kemusykilan, jangan lawat lokasi tersebut.

·  Sebarang fasiliti kesihatan

·  Rumah orang tua

·  Rumah yang mempunyai orang sakit dan/atau orang tua, mereka yang mempunyai masalah kesihatan, atau wanita hamil

·  Kawasan kuarantin, pengasingan atau berkurung

·  Kawasan kediaman padat di bandar (spt. setinggan atau favela)

·  Kem pelarian

·  Penjara atau pusat tahanan dengan kes COVID-19

Cadangan piawai untuk mengelak jangkitan termasuk:

·  Mengekalkan jarak sekurang-kurangnya 2 meter dengan semua orang. Anda perlu berhati-hati terutamanya di kalangan mereka yang menunjukkan tanda-tanda atau simptom penyakit pernafasan, seperti batuk dan bersin, dan/atau apabila menemuramah warga tua, mereka yang mempunyai penyakit, sesiapa yang rapat dengan individu yang simptomatik, pekerja kesihatan yang merawat pesakit COVID-19, atau pekerja di lokasi berisiko tinggi

·  Jangan bersalaman, memeluk atau mencium sesiapa

·  Cuba berdiri pada suatu sudut terhadap subjek anda ketika temuramah dan bukan secara bersemuka, sambil mengamalkan penjarakan yang disyorkan iaitu 2 meter atau lebih

·  Sentiasa cuci tangan dengan betul dan teliti, selama 20 saat setiap kali menggunakan air panas dengan sabun. Pastikan tangan dikeringkan dengan baik. Panduan yang berguna untuk mencuci dan mengering tangan dengan baik boleh didapati di laman web WHO.

·  Gunalah gel atau tisu basah anti-bakteria jika tiada air panas dan sabun, tetapi perlulah diikuti dengan air panas dan sabun secepat mungkin. (CDC menyarankan penggunaan pembasmi kuman tangan berasaskan alkohol dengan kandungan lebih daripada 60% etanol atau 70% isopropanol.) Jangan menggantikan amalan biasa membasuh tangan dengan menggunakan pembersih tangan. 

·  Sentiasa menutup mulut dan hidung ketika batuk dan bersin. Jika anda batuk atau bersin ke tisu, buang dengan serta-merta mengikut cara yang selamat dan sesuai, dan ingatlah cuci tangan dengan teliti selepas itu.

·  Elakkan menyentuh muka, hidung, mulut, telinga, dll., seperti yang ditekankan oleh BBC.

·  Elakkan minum/makan dari cawan, pinggan mangkuk, peralatan makanan yang mungkin telah disentuh/diguna oleh orang lain.

·  Keluarkan kesemua barang kemas dan jam tangan sebelum tugasan, mengambil maklum bahawa virus COVID-19 boleh kekal di pelbagai jenis permukaan untuk tempoh masa yang berbeza.

·  Jika anda memakai cermin mata, bersihkan secara teliti dengan kerap menggunakan air panas dan sabun. 

·  Jikalau boleh, elakkan daripada memakai kanta lekap ketika membuat liputan kerana terdapat kemungkinan menyentuh mata anda dan meningkatkan risiko jangkitan

·  Pertimbangkan apa pakaian yang anda akan memakai, dengan mengambil kira fabrik tertentu lebih mudah dilap bersih daripada yang lain. Semua pakaian perlulah dibasuh dalam suhu panas dengan detergen selepas sebarang tugasan. 

·  Jikalau boleh, cuba elakkan dari mengguna wang tunai ketika bertugas, dan memastikan anda membersihkan kad kredit/debit, dompet, dan/atau beg tangan secara berkala. Elakkan dari meletak tangan anda dalam poket sebanyak yang mungkin

·  Cuba melakukan temuramah di ruang luar. Jika anda perlu membuat temuramah dalam bangunan, pilih lokasi yang mempunyai aliran udara (spt. tingkap terbuka) dan elak bilik atau ruang terkurung

·  Pertimbangkan mod pengangkutan kepada dan dari tempat tugasan. Elakkan perjalanan menggunakan pengangkutan awam ketika waktu sibuk dan memastikan penggunaan gel alkohol tangan ketika turun.

·  Jika menggunakan kenderaan sendiri atau syarikat, berhati-hatilah penumpang yang berjangkit boleh merebak virus kepada orang lain dalam kenderaan, seperti yang ditekankan oleh BBC di India. Lakukan perjalanan dengan menurunkan tingkap kereta supaya terdapat aliran udara bagus di seluruh kenderaan, dan pertimbangkan penggunaan penutup muka atau pelitup muka ketika di dalam kenderaan tersebut

·  Ambil masa rehat dan prihatin terhadap tahap kelesuan/tenaga, ambil kira individu yang penat berkemungkinan tinggi melakukan kesilapan dengan rejim kebersihan. Juga memfaktorkan individu-individu yang perlu memandu perjalanan jauh sebelum dan selepas kerja

·  Sentiasa memastikan tangan dibasuh dengan teliti menggunakan air panas dan sabun sebelum, ketika, dan selepas meninggalkan kawasan yang dipengaruhi

·  Jika anda menunjuk simptom-simptom, terutamanya demam atau sesak nafas, pertimbangkan bagaimana anda akan mendapat rawatan perubatan. Kebanyakan badan kesihatan kerajaan kini mengesyorkan kuarantin diri untuk mengelakkan jangkitan orang lain. Jika anda berada di kawasan jangkitan tinggi anda berkemungkinan besar akan bertemu dengan pesakit COVID-19 yang lain di pusat rawatan yang sesak, oleh itu meningkatkan peluang pendedahan anda

·  Hanya makan daging dan telur yang masak

Keselamatan Peralatan

Kemungkinan penyebaran COVID-19 melalui peralatan yang tercemar merupakan suatu hakikat. Rejim pembersihan dan pembasmian tegas seharusnya dilaksanakan dan dipatuhi setiap masa:

·  Guna boom mikrofon dari jarak selamat dan bukannya mikrofon klip

·  Penutup mikrofon seharusnya dibasmi kuman dan dicuci pada suhu tinggi dengan bahan pencuci selepas setiap tugasan. Mintalah petunjuk/latihan bagaimana untuk mengeluarkan penutup dengan selamat untuk mengelakkan kebarangkalian pencemaran silang. Cuba elakkan penutup jenis “wind muff” jika boleh, kerana ia lebih susah untuk dibersihkan

·  Jika boleh, guna alat dengar kos rendah dan anggapkan barangan ini sebagai pakai buang, terutamanya untuk tetamu. Lap dan basmi kuman kesemua alat dengar sebelum dan selepas digunakan

·  Guna kanta telefoto untuk membantu menjaga jarak selamat ketika di lokasi

·  Seberapa boleh, gunalah peralatan mudah alih dan bukan dengan yang berkabel

·  Pertimbangkan bagaimana anda akan menyimpan peralatan ketika melakukan tugasan. Jangan tinggalkan peralatan merata dan letakkan semula peralatan ke dalam bekas

·  Jika boleh dan praktikal, letakkan sebarang pembalut/perlindungan plastik keliling peralatan ketika menggunakannya. Ini akan mengurangkan risiko permukaan peralatan dicemar, dan memudahkan pembersihan dan pembasmian kuman

·  Bawalah bateri tambahan yang dicas sepenuhnya dan elakkan dari mengecaj sebarang peralatan di lokasi, kerana ini bermakna terdapat objek lebihan yang mungkin dicemari

·  Seringkali dekontaminasi kesemua peralatan dengan tisu basah antimikrobial pantas seperti Meliseptol, diikuti dengan membasmi kuman, termasuk tetapi tidak terhad kepada telefon bimbit, tablet, kabel, palam, fon telinga, komputer riba, cakera keras, kamera, pas media, dan lanyard.

·  Pastikan kesemua peralatan telah dikontaminasi sekali lagi sebelum pulang ke ibu pejabat, memastikan mereka yang bertanggungjawab untuk peralatan tersebut telah dimaklumkan dengan terperinci dan diberi latihan dalam membersihkan peralatan dengan selamat. Pastikan tiada peralatan ditinggal secara lengah dan merata tanpa dihantar ke staf yang bertanggungjawab untuk pembersihan

·  Jika kenderaan digunakan ketika tugasan, pastikan dalaman kenderaan tersebut dibersihkan dengan teliti selepas sebarang tugasan oleh pasukan profesional terlebih dahulu. Perhatian perlu diberi kepada pemegang pintu, roda stereng, cermin sayap, penyandar kepala, tali pinggang keledar, papan pemuka, dan tingkap/penutup getah/butang-butang.

Pembersihan Peralatan Elektrikal

Perkara berikut memberi bimbingan am mengenai pembersihan peralatan elektrikal. Sentiasa pastikan anda membaca bimbingan pengilang sebelum membuat sebarang pembersihan.

·  Sentiasa cabut plag/mengeluarkan semua sumber tenaga, peralatan dan kabel

·  Simpan sebarang cecair jauh dari peralatan anda, dan jangan guna penyembur aerosol, peluntur, dan pelelas – ini semestinya akan merosakkan peralatan anda

·  Jangan menyembur sebarang bahan ke atas peranti anda

·  Hanya gunakan kain yang tidak kasar, lembut, bebas serat

·  Membuatkan kain tersebut lembap atau sedikit lembap tetapi bukannya basah.  Tambah sedikit sabun ke atas kain dan gosokkan kain dengan tangan

·  Lap peranti beberapa kali dengan teliti

·  Jangan biarkan kelembapan masuk ke mana-mana pembukaan (seperti soket pengecas, soket fon telinga, papan kekunci)

·  Keringkan peranti anda dengan kain yang bersih, kering dan lembut

·  Sesetengah pengilang mencadangkan tisu basah isopropil alkohol 70% untuk permukaan keras dan tidak berliang

·  Periksa dahulu dengan pihak pengilang sebelum melakukan pembasmian kuman atas peralatan anda, sebab disinfektan boleh merosakkan peranti and

·  Bimbingan yang lebih teliti boleh dibaca melalui artikel ini.

Peralatan Perlindungan Pegawai Perubatan (PPE)

Memakai dan menanggalkan dengan selamat sebarang PPE perubatan (seperti sarung tangan pakai buang, pelitup muka, apron pelindung/pakaian satu keping longgar/pakaian satu keping ketat, dan penutup kasut pakai buang dll) memerlukan pemerhatian tegas dan kepatuhan terhadap amalan keselamatan terbaik. Sila klik sini untuk bimbingan am daripada CDC.

Risiko jangkitan silang adalah tinggi, jangan lalai terhadap langkah-langkah ini. Jika mempunyai kemusykilan, carilah bimbingan pakar dan latihan sebelum menjalankan tugasan.

Sila ambil maklum bahawa ramai negara masih menghadapi bekalan pendek PPE perubatan dan ia adalah sukar untuk diperolehi, jadi penggunaan peralatan sebegini akan menyebabkan kekurangan.

Pastikan sebarang PPE yang digunakan adalah dalam saiz yang betul. PPE yang tidak sesuai boleh koyak dan/atau menyekat pergerakan (jika terlalu ketat), dan mungkin tersangkut di objek seperti pemegang pintu dan koyak (jika terlalu longgar)

Seringkali menggunakan PPE perubatan jenama ternama, memberi perhatian kepada spesifikasi minima keselamatan yang diperlukan. Berjaga-jaga dengan peralatan yang rosak, seperti yang ditekankan oleh Al Jazeera, dan juga barangan tiruan, seperti dilaporkan oleh Interpol. Senarai beberapa jenama terkemuka boleh dilihat disini

Gunakan sarung tangan pelindung jika bekerja atau mengunjungi kawasan jangkitan seperti fasiliti rawatan perubatan. Ambil perhatian bahawa sarung tangan nitrile memberi perlindungan yang lebih tinggi daripada lateks. Memakai dua pasang meningkatkan keselamatan

Jika membuat liputan di kawasan risiko tinggi seperti fasiliti rawatan perubatan, PPE perubatan tambahan seperti pakaian satu keping ketat dan topeng muka penuh amat mungkin diperlukan.

Jika memakai pakaian satu keping longgar, pastikan anda menggunakan tandas sebelum memakai PPE

Bergantung kepada tugasan, anda mungkin perlu memakai kasut pakai buang atau mengguna pembalut kasut kalis air, kedua-duanya mesti dilap/dibilas dengan segera sejurus anda keluar dari lokasi terjejas. Jika menggunakan pembalut kasut kalis air, ia seharusnya dibuang secara selamat sebelum meninggalkan lokasi

Adalah disyorkan bahawa kesemua PPE perubatan yang dipakai/ditanggal adalah di bawah penyeliaan profesional terlatih, dengan mengambil kira waktu ini pendedahan mungkin berlaku. Video CDC untuk memakai dan menanggalkan pakaian mungkin boleh membantu, namun ia tidak seharusnya diguna sebagai gantian untuk latihan/penyeliaan

Jangan mengguna semula sarung tangan, pakaian satu keping, apron, pembalut kasut. Sebarang peralatan yang perlu diguna semula perlulah dekontaminasi dengan betul dan dibersihkan. Pastikan kesemua PPE perubatan yang tercemar dibuang secara selamat SEBELUM meninggalkan lokasi terjejas

Pelitup Muka

Walaupun lebih banyak negara sekarang memerlukan dan/atau menasihatkan orang ramai menggunakan penutup muka dan/atau pelitup muka, seperti yang dilaporkan oleh Al-Jazeera, namun tiada permuafakatan semasa jika orang ramai tanpa simptom COVID-19 harus memakainya. CDC mengesyorkan orang ramai untuk memakai penutup muka kain – tetapi bukan topeng gred perubatan, yang kini mengalami bekalan pendek – untuk menutup hidung dan mulut dalam persekitaran masyarakat. Namun, WHO menyatakan anda tidak perlu menutup muka, melainkan anda diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa tempatan; anda berada di kawasan risiko tinggi seperti hospital; atau anda menjaga seseorang yang disyaki mempunyai jangkitan COVID-19.

Melainkan diguna dengan betul, terdapat kebimbangan bahawa pelitup muka boleh menjadi sumber jangkitan. Kajian terbaru oleh Lancet menunjukkan virus berjangkit masih dikesan selama tujuh hari di topeng pembedahan selepas pendedahan berlaku. Berdasarkan kajian ini, menanggalkan atau mengguna semula pelitup muka, atau menyentuh muka anda ketika memakainya, boleh membawa risiko jangkitan.

Jika anda memakai pelitup muka anda perlu mengikuti nasihat yang berikut:

·  Jika perlu, pelitup muka N95 (atau FFP3) adalah disyorkan dan bukannya topeng ‘pembedahan’ biasa.

·  Pastikan pelitup muka dipasang dengan selamat atas jambatan hidung dan dagu, meminimakan jurang antara muka dan pelitup. Pastikan rambut muka dicukur dan pelitup muka diletakkan rapat di muka

·  Adalah penting untuk patuhi ketat keselamatan pelitup muka. Elakkan menyentuh pelitup muka dari depan, alihkan melalui tali, dan elakkan menyesuaikan pelitup muka melainkan ia amat perlu. Basuh tangan jika tersentuh pelitup muka.

·  Penggunaan semula pelitup muka adalah berisiko tinggi. Buanglah pelitup muka yang telah diguna dengan segera ke dalam beg tertutup.

·  Seringkali membasuh tangan dengan sabun dan air panas selepas menanggal pelitup muka. Jika tidak mungkin, gunalah pembasmi kuman berasaskan alkohol (lebih daripada 60% etanol atau 70% isopropanol) tetapi seharusnya disusuli oleh basuhan dengan air panas dan sabun 

·  Gantikan pelitup muka dengan yang baru, bersih dan kering sebaik sahaja ia menjadi lembap

·  Ingat, penggunaan pelitup hanyalah sebahagian daripada perlindungan peribadi, ia mesti dilengkapi dengan mencuci tangan dengan air panas dan sabun dengan kerap  dan elak menyentuh bahagian muka anda, termasuk mata, mulut, telinga, dan hidung

·  Harap maklum bahawa pelitup muka mungkin kekurangan dan/atau tertakluk kepada peningkatan harga yang ketara, bergantung kepada lokasi

Keselamatan Digital

·  Ambil perhatian bahawa para wartawan mungkin menghadapi peningkatan musuh dalam talian atau online berkaitan dengan laporan mereka mengenai wabak COVID-19. Semak amalan terbaik CPJ untuk melindungi diri anda daripada serangan

·  Kerajaan dan syarikat teknologi semakin kerap menggunakan pengawasan sebagai cara untuk mengesan penyebaran COVID-19.  Ini termasuk Kumpulan NSO, yang mencipta Pegasus, sebuah spyware yang telah digunakan untuk menyasar wartawan, menurut Citizen Lab. Kumpulan kebebasan awam semakin prihatin tentang bagaimana teknik pengawasan ini akan digunakan untuk menyasar orang ramai setelah krisis kesihatan berakhir. Transparency International sedang mengikuti  perkembangan global ini di laman web mereka

·  Berhenti seketika dan berfikir sebelum anda klik pautan atau muat turun dokumen yang mengandungi maklumat mengenai COVID-19. Menurut Electronic Frontier Foundation,  penjenayah mengambil kesempatan untuk memanfaatkan panik dan krisis kesihatan sekarang ini untuk menyasarkan individu dan pertubuhan dengan serangan phishing yang canggih yang boleh menyebabkan malware dipasang pada alat-alat anda

·  Berhati-hati ketika klik pada mana-mana pautan berkaitan COVID-19 di media sosial atau aplikasi perhubungan, yang mungkin membawa anda ke laman web yang akan  menjangkiti alat-alat dengan malware

·  Awas akan aplikasi bahaya yang menyasarkan individu untuk ransomware, seperti Tracker COVID-19

·  Peta-peta yang menunjukkan maklumat terkini mengenai COVID-19 dari sumber yang bereputasi, seperti WHO, dilaporkan mengandungi malware yang boleh digunakan untuk mencuri kata laluan

·  Sedar akan maklumat salah yang ditaja/dikeluarkan negara, seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, serta maklumat salah secara umum, satu  amaran yang ditegaskan secara khusus oleh WHO dan yang telah ditekankan oleh BBC . Panduan membasmi mitos  boleh didapati di laman web WHO

·  Awas akan maklumat tentang COVID-19 yang dikongsi melalui perbualan pada aplikasi mesej yang mungkin mengandungi berita palsu dan helah

·  Sedar bahawa kandungan COVID-19 di Facebook kini sedang dipantau oleh kecerdasan buatan (AI ) dan bukan diperiksa oleh manusia, menyebabkan  kandungan sahih tentang penyakit itu dihapuskan secara silap

·  Bacalah mengenai persidangan dalam talian dan masalah privasi supaya anda sedar bagaimana perkhidmatan ini menggunakan data anda, apakah akses yang mereka ada, dan berapa selamatkah pelantar mereka. Berjaga-jaga bahawa dengan meningkatnya bilangan orang bekerja dari rumah, perkhidmatan sebegini telah disasar oleh penggodam

·  Berjaga-jaga terhadap risiko yang timbul apabila membuat laporan mengenai atau dari negara-negara yang mempunyai rejim junta/autoritarian, yang mungkin memantau liputan wabak COVID-19. Sesetengah kerajaan mungkin cuba untuk menyembunyikan tahap wabak dan / atau menapis media, seperti yang ditekankan oleh CPJ

Jenayah & Keselamatan Fizikal Ketika Bertugas

Wartawan dan pengamal media harus sedar akan kenaikan tahap sentimen anti-akhbar dan permusuhan, termasuk gangguan lisan dan serangan fizikal ketika menjalankan tugasan, seperti yang dilihat di Amerika Syarikat dan Jerman.

Ambil nota bahawa dengan keadaan ekonomi global yang semakin merosot, lebih ramai orang  hilang pekerjaan dan hampir setengah bilion orang berpotensi jatuh ke aras kemiskinan, menurut Oxfam, kebarangkalian peningkatan aktiviti jenayah adalah nyata

·  Jika anda boleh membuat liputan antarabangsa (lihat di bawah), fahami situasi keselamatan terkini di destinasi anda. Ketidakpuasan hati dan pergolakan yang berkait dengan perintah berkurung COVID-19 semakin meningkat, dengan lebih banyak bilangan kejadian keganasan dan bantahan, termasuk kematian, di negara-negara yang termasuk Amerika Syarikat, Brazil, Guinea, Uganda, Nigeria, Tunisia, Chile, Itali, Somalia, Ghana, Russia, Perancis, dan Niger.

·  Lebih banyak kawasan bandar semakin sunyi dan sumber polis semakin terhad. Terdapat risiko penjenayah akan mengambil peluang keadaan ini. Terdapat wartawan yang melaporkan telah diganggu secara lisan dan disasar oleh penjenayah, termasuk diserang, maka jangan mengambil remeh keselamatan anda

·  Berhati-hati apabila membuat liputan di kawasan luar bandar. Orang ramai mungkin berasa waswas dan/atau marah terhadap ‘orang luar’ dengan ketakutan anda mungkin membawa jangkitan COVID-19

·  Berjaga-jaga terhadap tindak balas polis yang melampau dengan langkah-langkah berkurung COVID-19, seperti serangan fizikal dan penggunaan peluru hidup, gas pemedih mata, dan peluru getah

·  Jika membuat laporan dari penjara atau pusat tahanan, wartawan harus waspada terhadap bahaya yang ditimbulkan oleh para tahanan yang memberontak  dan / atau merusuh kerana wabak COVID-19, seperti yang dilihat baru-baru ini di Siera Leone, Itali, Nigeria, Colombia, dan India

·  Awasi kemungkinan tahap jenayah meningkat, seperti yang dicatat oleh negara-negara seperti Iraq, Amerika Syarikat, Ireland, Indonesia, Ethipioa, Palestin, Somaliland dan Iran yang telah mula membebaskan penjenayah untuk mengurangkan jumlah tahanan di penjara semasa wabak COVID-19

·  Perhatikan bahawa bekalan boleh mula berkurangan, meningkatkan kemungkinan merampas dan rompakan

·  Wartawan di negara-negara yang mempunyai rejim junta/autoritarian  harus waspada terhadap ancaman ditangkap dan / atau ditahan  ketika melaporkan tentang wabak COVID-19, seperti yang dipaparkan oleh CPJ 

Tugasan Di Luar Negara

Oleh kerana sekatan perjalanan seluruh dunia, perjalanan antarabangsa kini sangat mencabar dan semakin jarang dibenarkan. Jika ada kemungkinan untuk bertugas di luar negara, anda perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

·  Ambil perhatian langkah-langkah berkurung dan/atau perintah berkurung mungkin berbeza di bahagian negara yang berlainan – seperti yang dilihat di United Kingdom, Turki, dan Amerika Syarikat – dan boleh berubah dengan sedikit atau tanpa notis

·  Kenal pasti kesemua kemudahan rawatan perubatan di kawasan operasi anda. Ambil perhatian bahawa pekerja kesihatan mungkin mogok atau membuat bantahan dengan sedikit atau tiada notis, seperti yang dilihat di negara Brazil, India, dan Papua New Guinea

·  Akses kepada PPE perubatan mungkin terhad dan/atau tidak wujud

·  Pastikan semua vaksin berkaitan dan profilaksis penyakit adalah terkini untuk destinasi anda sebelum keberangkatan. Pertimbangkan untuk mendapat vaksin selesema untuk mencegah kekeliruan terhadap sebarang simptom yang anda mungkin dapat

·  Periksa polisi insurans perjalanan anda, dengan mengambil perhatian bahawa mendapatkan perlindungan insurans untuk destinasi berkaitan COVID-19 mungkin tidak dapat dilakukan. Kebanyakan kerajaan telah mengeluarkan pelbagai nasihat serta amaran perjalanan terhadap destinasi antarabangsa

·  Kerap-kali periksa status acara yang anda rancang untuk hadir, dan mengambil kira bahawa  banyak negara telah mengharamkan perhimpunan awam sama sekali, atau ianya dihadkan kepada beberapa orang

·  Semak larangan perjalanan terkini dan / atau yang bakal dikuatkasakan untuk destinasi tujuan anda, sekiranya ia berubah dalam notis singkat

·  Pastikan anda mempunyai rancangan alternatif, dan timbangkan kemungkinan bahawa pusat bandar, wilayah tertentu, dan / atau seluruh negara boleh ditutup dan perintah kuarantin dikeluarkan tanpa amaran terdahulu atau mencukupi

·  Banyak sempadan darat telah ditutup di seluruh dunia. Sempadan yang dibuka juga boleh ditutup semula tanpa amaran, sesuatu yang perlu diambil kira dalam perancangan luar jangkaan anda

·  Jangan ke luar negara jika anda sakit. Kebanyakan lapangan terbang antarabangsa dan serantau, serta hab pengangkutan, telah melaksanakan langkah-langkah pemeriksaan kesihatan yang ketat. Setiap orang yang tiba hampir pasti akan menghadapi ujian kesihatan dan / atau kuarantin / pengasingan diri yang berkuatkuasa sejurus selepas ketibaan

·  Pilihan perjalanan sedunia masih terhad disebabkan syarikat penerbangan membatalkan penerbangan ke / dari banyak destinasi

·  Anda perlu membeli tiket penerbangan yang boleh memberi anda pampasan jika pembatalan berlaku. Menurut laporan berita, COVID-19 menimbulkan kesusahan kewangan yang ketara bagi banyak syarikat penerbangan

·  Pertimbangkan bekalan yang mungkin perlu untuk anda bawa bersama. Walaupun contoh pembelian panik telah reda, kekurangan masa depan barangan pelitup muka, pembasmi kuman untuk tangan, sabun, makanan dalam tin dan tisu tandas tidak boleh dikesampingkan dan patut dipertimbangkan. Ambil perhatian bahawa tindakan mogok dan / atau kekurangan pekerja disebabkan oleh jangkitan COVID-19 boleh memburukkan lagi keadaan di destinasi anda

·  Sedar bahawa negara-negara dengan bekalan air yang terhad, seperti Jordan, mungkin akan mengalami peningkatan permintaan dan bekalan berkurangan dengan perintah berkurung yang berterusan, dan suhu musim panas yang meningkat

·  Semak keadaan visa terkini untuk destinasi tujuan anda dan ambil perhatian bahawa banyak negara telah berhenti mengeluarkan visa dan menggantungkan visa yang telah dikeluarkan untuk perjalanan

·  Semak jika negara yang anda tuju memerlukan sijil perubatan untuk membuktikan anda bebas dari COVID-19. Beberapa contoh boleh dilihat di sini

·  Kekalkan  jadual perjalanan yang fleksibel dan luangkan masa tambahan di lapangan terbang di seluruh dunia, dengan mengambil kira langkah pemeriksaan kesihatan dan stesen pemeriksaan suhu. Begitu juga di stesen kereta api, pelabuhan, dan stesen bas jarak jauh

·  Fahami  perubahan terkini di destinasi ketibaan anda; sebilangan negara hanya membenarkan warga asing masuk melalui lapangan terbang dan terminal tertentu

·  Terus  memantau sumber tempatan untuk berita mengenai sekatan pergerakan dalam negeri di negara yang anda lawati

Setelah Tamat Tugasan

·  Terus memantau kesihatan anda untuk sebarang simptom

·  Kemungkinan tinggi anda harus mengasingkan diri selepas tugasan berisiko tinggi. Sila semak nasihat kerajaan yang relevan

·  Pantau maklumat terkini mengenai COVID-19, serta prosedur kuarantin dan pengasingan yang dilaksanakan di kedua-dua lokasi asal dan destinasi anda

·  Bergantung pada kadar jangkitan di negara anda, anda harus mempertimbangkan menyimpan diari dengan nama / nombor individu yang anda dekati selama 14 hari sejak anda pulang. Ini akan membantu kemungkinan pengesanan kenalan jika anda mula menunjukkan simptom

–Jika anda mengalami simptom

·  Jika anda mempunyai simptom COVID-19, walau bagaimana ringanpun, beri tahu pihak pengurusan anda dan bekerjasama dengan mereka untuk mengambil pengangkutan yang sesuai dari lapangan terbang atau pengangkutan hab lain ke rumah anda. Jangan terus menaiki teksi

·  Ikuti nasihat WHO, CDC, atau pihak berkuasa kesihatan tempatan untuk melindungi diri anda dan masyarakat anda

  • Jangan tinggalkan rumah anda sekurang-kurangnya 7 hari dari saat simptom anda bermula. Tindakan ini akan membantu melindungi orang lain dalam masyarakat anda ketika anda berjangkit

·  Buat rancangan awal dan minta bantuan orang lain. Minta pertolongan dari  majikan anda, kawan, dan keluarga untuk mendapatkan bekalan yang anda perlukan dan biarkan mereka tinggalkannya di luar pintu depan

·  Seberapa boleh, menginap sekurang-kurangnya 2 meter jauh dari orang lain di rumah anda

·  Jika boleh, tidur bersendirian

·  Jika berkongsi tempat tinggal dengan orang lain, tempoh pengasingan selama 14 hari bagi semua harus diperhatikan. Panduan berguna untuk ini boleh didapati di sini. Penjagaan khusus perlu diambil apabila menggunakan kemudahan bilik mandi, tandas dan dapur, supaya mengelakkan pencemaran silang

·  Cuci tangan anda dengan kerap dan teliti selama sekurang-kurangnya 20 saat, menggunakan sabun dan air panas

·  Jauhkan diri dari individu yang lemah, seperti orang tua dan orang-orang dengan masalah kesihatan, sebanyak mungkin

·  Anda tidak perlu menghubungi pihak berkuasa kesihatan di negara anda untuk mengasingkan diri, melainkan simptom anda terasa semakin teruk ketika dalam pengasingan

Kit Keselamatan CPJ dalam talian/online menyediakan wartawan dan balai berita dengan maklumat keselamatan asas fizikal dan digital serta sumber dan peralatan keselamatan psikologi yang turut merangkumi liputan pergolakan sivil dan pilihan raya